Friday, April 23, 2010

:)

Wednesday, April 21, 2010

crush
:(

Monday, April 19, 2010

sahabat



pelik kan ade kawan yang carik kawan bila susah je.
bila aku susah dia ade kesah? tak de pun.
bila aku tak carik dia,dia marah. tapi dia ada carik aku? tak de pun.
bila aku perlukan dia,dia ada? tak de pun.

okey aku tak perlukan kawan mcm tu.
kau ada,kau tak ada,aku tak kesah.
sebab kau bukan kawan yang baik.
cakap belakang,tu lah hobi kau.
teruskan.

terima kasih



Sunday, April 18, 2010


i love LOVE love you soo much Muhammad Azrai bin Abd Rahim!

okey? ;)


with love,lina :D


kanakanakanak


semalam bangcik aku dgn along balik. along kalau balik semestinya lah kak long dgn anak anak beliau ikot balik. tp sebelum tu biar aku sebutt semua ahli keluarga aku. panjang ni. haha. mule dgn mak dan ayah.seterusnya along,angah,uda,bangcik,kak lin dan kak ikin. anak anak along pulak,, khairul fahmi, khairil fildzan,nur alia natasya and nur alia qismirza. ini belum termasuk anak anak abg and akak aku yg lain. haha. cube bayang kalau raya mcm mana sesak rumah ni. memang jemmm abis. haha. tapi tu lahh yg best. meriah bukan main tau x :D

sambung cerita,hari ni mak ngn ayah balik kampung melawat rumah baru dorg. haihhh aku yang penat tengok dorg semangat sgt dengan rumah kampung tu. aku tak nak pun pindah. so aktiviti hari ni aku kuar dgn kak long and kak lin. pergi karoeke. tapiii aku tak nyanyi pun. 15 lagu suma dorg yg nyanyi. aku duduk diam kt sebelah je. haha. aku tak suka karoeke. sumpah tak suka. bukan best pun. buat sakit tekak je. lepas tu aku pergi carik tudung. tp hampeh tudung yang aku nak,tak ade pun. dah pusing2 dekat situ,kitorang balik amik anak anak di rumah. ktorang bawak dorang pegi taman permainan dekat mutiara rini. tp taman ni bukan setakat ada tempat budak budak main je. ada tempat joging,tasik lah segalaa. pendek kata mcm mcm adaa & & bestt. kitorang dtg dengan setiap seorang pegang budak. aku pun dah mcm mak orang lahh pegang budak budak tu. smpai2 budak budak ni terus serbu gelungsor. niat di hati nak jugak main. tp ramai sgt budak kat situ. malu lah nnt haha.

dalam syok ktorang tengok budak ni main gelungsor,kak long tunjuk sorang budak india ni. dia main motor yg pakai bateri ni. dia main mmg mcm nak belumba motor. lajuu gila dy bawak. cina owner motor tu pun dah risau 'ada jugakk moto aku jahanam kejap lagi' haha. tp dia mmg terer. dia berjaya elak semua halangan di hadapan. tp aku dgn akak akak aku dah ketawe melekek dekat tepi tengok budak india ni. habiss suma org dia nak langgar. anak org pun dia kebas jgk.mak bapak budak tu cepat tarik anak dia takot kene langgar. ada jugak makcik yang nk kene langgar dgn dia. haha. dah laa ramai manusia,banyak nyawa dekat situ. dia bole bawak motor mainan mcm tu. tp budak tu dah berjaya buat aku gelak besar ptg tadi. tahniah budak!

tak lame lepas tu guruhh. tande nak hujan la. ktorang pun balik.




hari ni aku happy gila di samping anak2 sedara yang comel comel belaka.sayanggg dekat mereka,

;)

Saturday, April 17, 2010

insaf


insaf? ceh alim bukan bunyiknya. menjak dua menjak ni puitis pulak ayat aku. haha. tadi pergi surau dekat tmn universiti ni. ada ceramah sempena maulud nabi. si penceramah tu pulak cikgu dekat sekolah aku merangkap imam masjid tmn universiti ni. ustaz rifqi (cmni kot eja nama dia) aku mmg minat betul dengar ustaz ni ceramah ceramah. dari sekolah dulu. setiap jumaat mmg aku akan focus dekat dia. suara dia dah boleh tarik perhatian aku. nasib baik dah kawen. HAHA. tajuk ceramah tadi 'Yang Pergi Tak Akan Kembali'. dia cerita pasal nabi muhammad. mmg best lah dia cerita. tapi sampai part mati mati aku dah lemah lutut dengar. bak tang pulak dengan lagu nasyid diaa, video orang meninggal lagi. ya allah, lemahh betol dah lutut. dia cakap kalau mak ayah rajin pergi surau tapi anak dekat rumah sembahyang tak cukup,mak ayah yang tersangkut nak masuk syurga. bomm! haha aku dah terasa dahh. teros pandang bawah.

konklusinya:
*ustaz rifqi mmg best
*sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan fuh!
*aku agak insaf lepas balik ceramah tu, tapi tak tau lah sejam selepas ini
*erghhh, nasik minyak tadi sedap woahh haha



Friday, April 16, 2010

nyot nyet

okey tahun 2o1o, LINA FARHANA BT AB KARIM nak masuk 19 tahun dah. cepatt aje mase ni. sumpah takut nak masuk 20. grr! tp nak buat mcm mana kan. kena jgk. bkn boleh stopkn masa. tapi takpe. orang kate life begin at 20. yeke? haha aku main bedal je.

so hari ni 17april2010, aku duduk rumahh je sbb ayah dah bebel aku asik kuar. asik kuar? tolong lahh seminggu sekali je aku kuar sepanjang cuti yang sgt bosan nihhh. cuti sebulan. sebulan jugak lahh aku duduk rumah makan,tido,online. laki aku pun dah bising cakap badan aku makin besa. rimas, rimas HAHA tau lahh badan dia sekeping ish! sementara menunggu result matrik kuar,aku cuma mampu berharap keputusan aku baik. kalau tak mengamuk lagi lahh mak ayah aku. nanti next sem mengadap lagi budak budak yang muda setahun dari aku. ish, seram jugak. maklumlah. mereka agak bijak bijak belaka nak dibandingkan dengan ex PDT mcm kitorang. tp arhhh lantak. sama je semua. kn kn kn?

aku harapppp sangat, aku boleh bawak PST nanti. insyaAllah bole :)

maktab? hah ni lagi satu isuu yang sedang aku pikir. perlu ke kuar matrik untuk pergi maktab? ishh tak perlu lah awak. duduk matrik dgn saya je. heh? heh? love you ;)

BARUUU


HAHA aku saje je buat blog sebab aku tengok blog sorang budak nihh. mcm best. so, mcm nak try jgk. sebelum ni ade jgk buat. tp biasa lahh. tak bukak lepas tu lupa password,email segala. hee. so harap harap blog kali ni menjadi lah. terima kasih ;)







lina ;D